“Tidak Semua.....”
Sunday, 13 May 2012
Monday, 7 May 2012
Bunga dan Lebah untuk Pesakit.
Kebiasaanya kita sering membeli buah, makanan ataupun bunga untuk dijadikan buah tangan sekiranya melawat rakan mahupun ahli keluarga yang berada di hospital. Tetapi tahukah anda bahawa dengan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula anda boleh menghasilkan sendiri buah tangan untuk diberikan kepada pesakit. Bahan-bahan yang anda perlukan adalah bekas minuman, botol mineral, botol nutrigen dan barang-barang hiasan yang lain seperti kertas pembalut hadiah, reben dan bunga mengikut citarasa anda. Bekas minuman dijadikan pasu untuk meletakkan bunga, botol mineral dijadikan kad ucapan dan botol nutrigen pula diggunakan untuk membuat lebah. Pasti anda tertanya-tanya mengapa botol nutrigen tersebut dijadikan lebah dan tidak benda yang lain seperti rama-rama bukan???. Inikan kerana madu lebah merupakan ubat untuk segala penyakit seperti fiman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 69. Bunga plastik dipilih kerana ianya tidak layu dan boleh disimpan untuk jangka yang lama. Selain itu, bekas ini juga boleh digantung. Lihatlah hasilnya dalam gambar-gambar dibawah ini.
Wednesday, 18 April 2012
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.
Isu mengantuk dalam kalangan pelajar. Adakah Teknologi dan Inovasi penyumbang kepada masalah ini atau sebaliknya membantu mengurangkan masalah ini?
Fenomena mengantuk dalam kalangan pelajar sekolah mahupun pelajar institusi pengajian tinggi sememangnaya menjadi lumrah dalam pendidikan. Fenomena ini bukanlah merupakan perkara baru tetapi telah lama wujud sejak dulu lagi. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Ada pihak yang menyalahkan teknologi yang semakin canggih hari ini sebagai punca berlakunya masalah ini. Ini kerana mereka beranggapan bahawa pelajar sering tidur lewat pada malam hari disebabkan menghabiskan masa melayari internet seperti Facebook dan Twitter, memuat turun filem, drama atau lagu daripada Youtube ataupun bermain permainan yang terdapat dalam komputer berbanding menghabiskan masa untuk mengulangkaji pelajaran atau membaca buku pada malam hari.
Namun sekiranya dikaji dan diteliti semula, teknologi yang canggih bukanlah penyumbang utama masalah ini. Ini kerana sikap individu itu tersendiri yang menentukan tindakan mereka. Seseorang pelajar haruslah bijak mengatur masa mereka dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka. Pepatah melayu ada mengatakan “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Para pelajar haruslah bijak menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
Pelbagai langkah yang diambil dalam mengatasi masalah ini dan sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Teknologi dan Inovasi sebenarnya memainkan peranan penting dalam menangani dan mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. Di antara langkah-langkah tersebut adalah;
1. Mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran dan pembelajaran.
Para guru mahupun pensyarah seharusnya bijak menggunakan teknologi yang ada pada masa kini di dalam setiap sesi pengajaran mereka. Kebanyakan pelajar menyatakan kaedah pembelajaran yang sama dan membosankan menjadi punca mereka mengantuk semasa di kelas. Para pendidik seharusnya mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Malahan kini, kebanyakan sekolah mahupun institusi pengajian tinggi menggalakkan pembelajran dua hala berbanding pembelajaran sehala.
Para pendidik boleh menggunakan video, lagu mahupun gambar yang dimuat turun daripada internet atau youtube sebagai bahan bantu mengajar untuk topik pengajaran mereka. Para guru juga boleh menganjurkan seminar untuk memberikan kelainan dalam teknik pengajaran. Di sini, para pendidik bolehlah mengarahkan pelajar untuk membentangkan sesuatu tajuk dengan menggunakan kreativiti mereka misalnya peta minda, video atau lakonan. Cara ini boleh menarik minat pelajar dan secara tidak langsung mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar.
2. Mengamalkan pemakanan seimbang.
Tidak dapat dinafikan pemakanan memainkan peranan penting untuk tubuh badan. Pepatah arab ada mengatakan “akal yang sihat ada pada tubuh badan yang sihat”. Kajian telah menunjukkan bahawa pemakanan juga salah satu faktor penyebab berlakunya masalah ini.
Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi tahap gula yang tinggi dan boleh menyebabkan rasa mengantuk. Pengambilan makanan ringan yang berlebihan juga penyumbang kepada masalah ini. Selain itu, pengambilan sarapan yang terlalu berat seperti nasi lemak dan roti canai yang mana mempunyai kandungan lemak yang tinggi juga boleh menyebabkan pelajar mengantuk sewaktu pagi. Oleh itu, dengan adanya internet maka dapatlah para pelajar mencari maklumat mengenai pemakanan yang seimbang dan boleh mengelakkan rasa mengantuk.
3. Mendapatkan tidur yang secukupnya.
Tidur merupakan waktu rehat untuk tubuh badan. Setiap pelajar memerlukan tidur yang secukupnya (6 – 8 jam sehari) untuk memastikan mereka tidak mengantuk semasa di dalam kelas.
Kurang tidur menyebabkan pelajar kurang bermaya dan bertenaga untuk mendengar kuliah yang diberikan oleh pengajar. Walaubagaimanapun, tidur yang berlebihan juga boleh menyebabkan rasa mengantuk. Waktu tidur yang tidak konsisten juga menyebabkan otak tidak dapat mengganggarkan waktu tidur yang sebenarnya dan akhirnya menyebabkan rasa mengantuk. Oleh sebab itu, para pelajar haruslah bijak mengatur masa tidur mereka bagi memastikan mereka mendapat tidur yang secukupnya. Para pelajar juga boleh melayari lawan web atau membaca artikel-artikel yang terdapat di internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tidur yang betul dan memeriksa sekiranya mereka mengalami simptom-simptom masalah tidur seperti Insomnia.
4. Menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menyiapkan tugasan atau kerja sekolah.
Tidak dapat dinafikan tugasan atau kerja sekolah yang banyak turut menyumbang kepada masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. Dek kerana tugasan atau kerja sekolah yang menimbun, ramai pelajar tidur lewat setiap malam untuk menyiapkannya. Ini membuatkan badan berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kuliah yang diberikan dan akhirnya menyebabkan mereka mengantuk di dalam kelas.
Tidak dapat dinafikan tugasan atau kerja sekolah yang banyak turut menyumbang kepada masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. Dek kerana tugasan atau kerja sekolah yang menimbun, ramai pelajar tidur lewat setiap malam untuk menyiapkannya. Ini membuatkan badan berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kuliah yang diberikan dan akhirnya menyebabkan mereka mengantuk di dalam kelas.
Tetapi dengan adanya teknologi terkini, bebanan mereka dapat dikurangkan. Ini kerana mereka tidak perlu lagi pergi ke perpustakaan mencari buku dan membelek halaman demi halaman untuk mencari maklumat yang diperlukan. Para pelajar hanya perlu melayari internet untuk mencari segala maklumat yang diperlukan. Selain itu, dengannya adanya komputer riba, dan Notebook para pelajar boleh menaip segala tugasan atau kerja sekolah mereka dimana-mana sahaja mereka berada berbanding sebelum wujudnya alat-alat tersebut, para pelajar terpaksa menulis sendiri tugasan atau kerja sekolah mereka. Dengan ini, hasil tugasan atau kerja sekolah menjadi lebih kemas di samping dapat menjimatkan masa dan tenaga para pelajar.
5. Menggunakan produk dan mengamalkan senaman yang boleh mengurangkan dan mengelakkan rasa mengantuk.
Terdapat banyak produk di pasaran pada masa kini yang dijual kepada pelajar yang mana dipercayai bagus untuk minda, dapat menambahkan tenaga dan mengelakkan rasa mengantuk semasa belajar. Produk seperti vitamin B-12, kismis minda dan sabun tahan mengantuk Aqura direka hasil daripada inovasi penciptanya dengan tujuan mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar.
Walaubagaimanapun, para pelajar haruslah merujuk kepada doktor dulu sebelum mencuba sebarang produk untuk mengelakkan sebarang komplikasi atau masalah lain.
Selain itu, terdapat banyak senaman atau regangan ringkas dan mudah di youtube atau laman web, yang mana boleh diamalkan oleh para pelajar sekiranya berasa mengantuk semasa belajar atau menyiapkan tugasan.
Langkah ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar.
Kesimpulannya, fenomena mengantuk dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi dengan langkah-langkah yang telah dinyatakan diatas dan sekiranya diperhatikan semula kesemua langkah-langkah tersebut memerlukan Teknologi dan Inovasi dalam menjayakannya. Oleh itu, sememangnya Teknologi dan Inovasi tidak dapat dipisahkan dengan dunia pendidikan.
Tuesday, 17 April 2012
10 keping foto Teknologi & Inovasi
1. Sistem "iphone ECG".
Kini, dengan hanya menggunakan iphone anda boleh merekod dan menganalisis bacaan Elektrocardiogram (ECG) dengan mudah. Dengan adanya sistem “iphoneECG” ini, pesakit tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke hospital semata-mata untuk merekodkan bacaan ECG. Pesakit boleh merekodkan bacaan ECG mereka di rumah atau di mana sahaja mereka berada. Pada masa yang sama, mereka boleh menghantar bacaaan ECG tersebut kepada doktor mereka tanpa perlu ke hospital. Sistem “iphoneECG” ini juga mudah untuk dibawa dan digunakan, lebih tepat dan segala bacaan yang telah direkod boleh dirujuk kembali pada bila-bila masa.
2. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan Optikal tetikus komputer (Computer Optical Mouse).
Kebiasaannya, bacaan tekanan darah diambil dengan menggunakan Sphygmomanometer. Tetapi, percayakah anda bahawa bacaan tekanan darah boleh diambil dengan menggunakan tetikus computer. Pelik tetapi tidak mustahil. Tetikus komputer diubahsuai dengan diletakkan alat (cuff monitor) untuk memeriksa tekan darah ditepinya. Anda hanya perlu memasukkan jari anda ke dalam cuff monitor tersebut dan bacaan tekanan darah anda akan dianalisis oleh PC/Laptop dan boleh dihantar terus kepada doktor anda. Menarik bukan?
3. Telefon untuk pesakit Alzheimer.
Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit “pelupa” yang kebiasaannya berlaku ke atas mereka yang berusia. Rutin harian yang mudah menjadi lebih kompleks dan ahli keluarga dan rakan-rakan yang terdekat dianggap orang asing bagi pesakit. Banyak produk Alzheimer dicipta untuk membantu pesakit menjalani kehidupan mereka dengan lebih mudah dan mengurangkan kekeliruan. Salah satunya adalah telefon untuk pesakit Alzheimer. Telefon ini direka dengan meletakkan gambar ahli keluarga, rakan-rakan atau mereka yang terdekat dengan pesakit pada nombor. Dengan ini, pesakit akan lebih mudah untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Secara tidak langsung, cara ini juga merangsang minda mereka. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang menghidapi penyakit Alzheimer, produk ini sedikit sebanyak akan mengurangkan kekeliruan dalam kehidupan mereka.
4. "Lunar Baby Thermometer".
“Lunar Baby Thermometer” thermometer terbaru untuk kanak-kanak rekaan Duck Young Kong, merupakan alat yang perlu dipegang menggunakan dua jari anda dan meletakkannya di atas dahi kanak-kanak untuk mendapatkan bacaan suhu yang tepat. Menurut Duck Young Kong, idea untuk menghasilkan “Lunar Baby Thermometer” adalah berdasarkan kebiasaan meletakkan tangan di dahi untuk memeriksa suhu badan. Alat ini mudah serta selesa digunakan dan bacaan suhu juga boleh diperolehi dengan cepat dan tepat. Selain itu, ianya juga lebih selamat digunakan untuk kanak-kanak.
5. Mesin X-ray Pokeman mudah alih.
Mesin x-ray Pokeman mudah alih yang dihasilkan oleh Shimadzu Corporation dari Jepun pada 17 April 2009 merupakan mesin x-ray mudah alih yang direka khas untuk kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk membuang rasa takut kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan x-ray dan menjadikan mereka lebih tenang ketika prosedur dijalankan. Dalam pada itu, prosedur x-ray menjadi lebih cepat dan gambar yang dihasilkan juga lebih jelas.
6. Pemberian Ubat menggunakan Barcode dan Sistem
RFID.
Sememangnya
tidak dinafikan kesilapan ketika pemberian ubat kepada pesakit sering berlaku
di hospital. Oleh itu, pada 6 Jun 2006, VeriScan telah memperkenalkan sistem
pemberian ubat menggunakan Barcode dan Radio Frequency Identification (RFID).
Sistem ini boleh mengurangkan kesilapan pemberian ubat dengan memastikan
ubat yang betul untuk pesakit yang betul (right drug right patient).
Jururawat hanya perlu mengimbas tag yang berada di pergelangan tangan
pesakit sebelum pemberian ubat untuk memastikan jenis dan dos ubat yang
ditetapkan oleh doktor. Mudah dan lebih selamat bukan?
7. "Electronic Medical Record (EMR)".
Seiring dengan perkembangan dengan
teknologi, Electronic Medical Record (EMR) diperkenalkan dalam bidang
kesihatan bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan (quality of patient
care) pesakit yang mana jumlahnya bertambah setiap tahun. Di samping itu,
EMR juga dapat memudahkan dan mengurangkana bebanan dan tekanan kerja
kakitangan kesihatan. Dengan penggunaan EMR, segala maklumat mengenai pesakit
seperti bil, rekod perubatan, rawatan susulan, serta segala maklumat dan
dokumen yang penting akan akan disimpan secara elektronik. Cara ini lebih
menjimatkan masa dan tenaga, mengurangkan dan mengelakkan terjadinya sebarang
kesilapan. Selain itu, penggunaan kertas juga akan berkurangan. EMR juga
membolehkan perkongsian dan pertukaran maklumat serta jaga rawatan antara satu
hospital ke hospital yang lain samaada dalam mahupun luar negara.
8.
Pembedahan dijalankan oleh Robot.
Pernahkah
anda mendengar atau terbaca yang robot boleh melakukan pembedahan? Tentu anda
tidak percaya bukan?Tapi inilah realiti. Oklahoma Surgical Hospital menawarkan
minimum invasif prosedur pembedahan dengan menggunakan teknologi robot. Dengan
penggunaan teknologi ini, prosedur yang kompleks dan rumit sebelum ini akan
menjadi lebih mudah. Selain itu, kebaikan daripada teknologi ini juga adalah
jumlah darah yang hilang sewaktu pembedahan sedikit, parut pembedahan yang kecil,
kurangnya tahap kesakitan selepas pembedahan dan tempoh untuk tinggal di
wad menjadi singkat. Hasilnya, jangka masa untuk sembuh daripada pembedahan
adalah lebih cepat berbanding pembedahan biasa.
9. "Pacemaker" yang terbaru.
Selepas pesakit menjalani
pembedahan “Pacemaker”, mereka perlu ke hospital untuk berjumpa doktor bagi
memastikan pacemaker mereka berfungsi dengan baik. Tetapi, dengan adanya
teknologi terkini, pacemaker terbaru yang dihasilkan tidak memerlukan
pesakit untuk ke hospital semata-mata untuk memastikan “Pacemaker” mereka
berada dalam baik. Ini kerana, dengan adanya “Pacemaker” terbaru, doktor
boleh memantau keadaan pesakit dan pacemaker mereka di mana sahaja pesakit
berada. Sekiranya terdapat sebarang kelainan maka doktor akan mengarahkan
pesakit tersebut untuk segera ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya. Hebat
bukan?
10. "Walker" untuk pesakit selepas
pembedahan.
Dalam usaha untuk meningkatkan
pergerakan pesakit dan mengurangkan komplikasi selepas pembedahan, Dr. Jonathan
Nesbitt telah mencipta satu “Walker” yang membawa semua keperluan
pesakit seperti dua tangki oxygen, heart monitor, tiub dada, tiub
kencing dan Intravenous drip. Sebelum kemunculan “Walker “ini,
sekurang-kurangnya dua orang jururawatan dan seorang ahli terapi fizikal
diperlukan untuk membawa alat-alat ini bersama pesakit semasa mereka mula untuk
bergerak selepas pembedahan. Ini bermakna sekarang pesakit boleh memulakan dan
melakukan sendiri pergerakan tanpa perlu menunggu dan mendapatkan bantuan
jururawat mahupun kakitangan kesihatan yang lain sebaik sahaja dibenarkan
berbuat demikian oleh doktor.
Subscribe to:
Posts (Atom)