"Insan"! Perkataan arab yang bermaksud manusia. Tidak ada manusia yang kamil di dunia ini. Setiap manusia tidak akan pernah lari atau terlepas daripada melakukan kesilapan.
Dah namanya Insan-mudah lupa....tapi, Allah s.w.t tetap akan mengampunkan dosa yang telah hambanya lakukannya, sekiranya hambanya memohon ampun dan bertaubat (taubat nasuha) seperti firmannya dalam surah Asy Syuraa ayat 25-
"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,”
Peristiwa hari ini, menjadikan hati ini terdetik untuk berkongsi pengalaman dan pandangan. Setiap insan melakukan kesilapan tapi kita sebagai manusia tidak sepatutnya menghukum mereka. Biarlah menjadi urusan dirinya dengan Allah. Kita sebagai manusia haruslah menasihati, mengajak dan membimbing mereka yang khilaf itu kembali ke pangkal jalan.
Seharian di salah sebuah rumah perlindungan gadis yang hamil luar nikah hari ini, membuatkan diri ini bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kerana masih melindungi diri daripada perkara yang tidak diingini.
Tiada gadis didunia ini yang merancang untuk hamil sebelum nikah.Tapi, inilah yang terjadi pada anak gadis masa kini. Mendengar tangisan mereka sewaktu menyanyikan lagu sudah jelas menunjukkan bahawa mereka benar-benar menghayati lirik kata lagu tersebut.Insyallah, dengan izin dan rahmat Allah semoga mereka diteguhkan iman agar tidak kembali untuk mengulangi khilaf yang telah mereka lakukan.
Seandainya, perkara seperti ini terjadi kepada ahli keluarga mahupun rakan kita (Nauzubillah Min Zalik) jangan buang dan sisih mereka tetapi terimalah mereka kembali dan bimbinglah mereka ke pangkal jalan. Tiada guna menunding jari. menyalah mana-mana pihak kerana ianya tidak akan memberikan apa-apa manfaat.
"Ingatlah, dah namanya "Insan", mudah lupa dan sebab itulah kita harus saling ingat-mengingati. Tidak mustahil kita juga boleh melakukan perkara yang sama jika nikmat iman yang kita ada ditarik oleh Allah s.w.t..."
p/s-hayatilah lirik lagu ini (Rapuh-by Opick)....sama-samalah kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment