Tuesday, 17 April 2012

10 keping foto Teknologi & Inovasi


1. Sistem "iphone ECG".



 Kini, dengan hanya menggunakan iphone anda boleh merekod  dan menganalisis bacaan Elektrocardiogram (ECG) dengan mudah. Dengan adanya sistem “iphoneECG” ini, pesakit tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke hospital semata-mata untuk merekodkan bacaan ECG. Pesakit boleh merekodkan bacaan ECG mereka di rumah atau di mana sahaja mereka berada. Pada masa yang sama, mereka boleh menghantar bacaaan ECG tersebut kepada doktor mereka tanpa perlu ke hospital. Sistem “iphoneECG” ini juga mudah untuk dibawa dan digunakan, lebih tepat dan segala bacaan yang telah direkod boleh dirujuk kembali pada bila-bila masa.




2. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan Optikal tetikus komputer (Computer Optical Mouse). 





      Kebiasaannya, bacaan tekanan darah diambil dengan menggunakan Sphygmomanometer. Tetapi, percayakah anda bahawa bacaan tekanan darah boleh diambil dengan menggunakan tetikus computer. Pelik tetapi tidak mustahil.  Tetikus komputer  diubahsuai dengan diletakkan alat (cuff monitor) untuk memeriksa tekan darah ditepinya. Anda hanya perlu memasukkan jari anda ke dalam cuff monitor tersebut dan bacaan tekanan darah anda akan dianalisis oleh PC/Laptop dan boleh dihantar terus kepada doktor anda.  Menarik bukan?  
 



3. Telefon untuk pesakit Alzheimer.  






Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit “pelupa” yang kebiasaannya berlaku ke atas mereka yang berusia. Rutin harian yang mudah menjadi lebih kompleks dan ahli keluarga dan rakan-rakan yang terdekat dianggap orang asing bagi pesakit. Banyak produk Alzheimer dicipta untuk membantu pesakit menjalani kehidupan mereka dengan lebih mudah dan mengurangkan kekeliruan. Salah satunya adalah telefon untuk pesakit Alzheimer. Telefon ini direka  dengan meletakkan gambar ahli keluarga, rakan-rakan atau mereka yang terdekat dengan pesakit pada nombor. Dengan ini, pesakit akan lebih mudah untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Secara tidak langsung, cara ini juga merangsang minda mereka. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang menghidapi penyakit Alzheimer, produk ini sedikit sebanyak akan mengurangkan kekeliruan dalam kehidupan mereka.



4. "Lunar Baby Thermometer". 


     “Lunar Baby Thermometer” thermometer terbaru untuk kanak-kanak rekaan Duck Young Kong, merupakan alat yang perlu dipegang menggunakan dua jari anda dan meletakkannya di atas dahi kanak-kanak untuk mendapatkan bacaan suhu yang tepat. Menurut Duck Young Kong, idea untuk menghasilkan “Lunar Baby Thermometer” adalah berdasarkan kebiasaan meletakkan tangan di dahi untuk memeriksa suhu badan. Alat ini mudah serta selesa digunakan dan  bacaan suhu juga boleh diperolehi dengan cepat dan tepat. Selain itu, ianya juga lebih selamat digunakan untuk kanak-kanak.



5. Mesin X-ray Pokeman mudah alih.





              Mesin x-ray Pokeman mudah alih yang dihasilkan oleh Shimadzu Corporation  dari Jepun pada 17 April 2009 merupakan mesin x-ray mudah alih yang direka khas untuk kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk membuang rasa takut kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan x-ray dan menjadikan mereka lebih tenang ketika prosedur dijalankan. Dalam pada itu, prosedur x-ray menjadi  lebih cepat dan gambar yang dihasilkan juga lebih jelas.
6. Pemberian Ubat menggunakan Barcode dan Sistem RFID.
Sememangnya tidak dinafikan kesilapan ketika pemberian ubat kepada pesakit sering berlaku di hospital. Oleh itu, pada 6 Jun 2006, VeriScan telah memperkenalkan sistem pemberian ubat menggunakan Barcode dan Radio Frequency Identification (RFID).  Sistem ini boleh mengurangkan kesilapan pemberian ubat dengan memastikan ubat yang betul untuk pesakit yang betul (right drug right patient). Jururawat hanya perlu mengimbas tag yang berada di pergelangan tangan pesakit sebelum pemberian ubat untuk memastikan jenis dan dos ubat yang ditetapkan oleh doktor. Mudah dan lebih selamat bukan?
7. "Electronic Medical Record (EMR)". 
 
Seiring dengan perkembangan dengan teknologi, Electronic Medical Record  (EMR) diperkenalkan dalam bidang kesihatan bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan (quality of patient care) pesakit yang mana jumlahnya bertambah setiap tahun. Di samping itu, EMR juga dapat  memudahkan dan mengurangkana bebanan dan tekanan kerja kakitangan kesihatan. Dengan penggunaan EMR, segala maklumat mengenai pesakit seperti bil, rekod  perubatan, rawatan susulan, serta segala maklumat dan dokumen yang penting akan akan disimpan secara elektronik. Cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga, mengurangkan dan mengelakkan terjadinya sebarang kesilapan. Selain itu, penggunaan kertas juga akan berkurangan. EMR juga membolehkan perkongsian dan pertukaran maklumat serta jaga rawatan antara satu hospital ke hospital yang lain samaada dalam mahupun luar negara.
8.  Pembedahan dijalankan oleh Robot.
Pernahkah anda mendengar atau terbaca yang robot boleh melakukan pembedahan? Tentu anda tidak percaya bukan?Tapi inilah realiti. Oklahoma Surgical Hospital menawarkan minimum invasif prosedur pembedahan dengan menggunakan teknologi robot. Dengan penggunaan teknologi ini, prosedur yang kompleks dan rumit sebelum ini akan menjadi lebih mudah. Selain itu, kebaikan daripada teknologi ini juga adalah jumlah darah yang hilang sewaktu pembedahan sedikit, parut pembedahan yang kecil, kurangnya tahap kesakitan selepas pembedahan  dan tempoh untuk tinggal di wad menjadi singkat. Hasilnya, jangka masa untuk sembuh daripada pembedahan adalah lebih cepat berbanding pembedahan biasa.
http://www.oklahomasurgicalhospital.com/index.cfm?id=156
9. "Pacemaker" yang terbaru. 
           Selepas pesakit menjalani pembedahan “Pacemaker”, mereka perlu ke hospital untuk berjumpa doktor bagi memastikan pacemaker mereka berfungsi dengan baik. Tetapi, dengan adanya teknologi terkini, pacemaker  terbaru yang dihasilkan tidak memerlukan pesakit untuk ke hospital semata-mata untuk memastikan “Pacemaker” mereka berada dalam  baik. Ini kerana, dengan adanya “Pacemaker” terbaru, doktor boleh memantau keadaan pesakit dan pacemaker mereka di mana sahaja pesakit berada. Sekiranya terdapat sebarang kelainan maka doktor akan mengarahkan pesakit tersebut untuk segera ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya. Hebat bukan?
 
10. "Walker" untuk pesakit selepas pembedahan.
          Dalam usaha untuk meningkatkan pergerakan pesakit dan mengurangkan komplikasi selepas pembedahan, Dr. Jonathan Nesbitt telah mencipta satu “Walker” yang membawa semua keperluan pesakit seperti dua tangki oxygen, heart monitor, tiub dada, tiub kencing dan Intravenous drip. Sebelum kemunculan “Walker “ini, sekurang-kurangnya dua orang jururawatan dan seorang ahli terapi fizikal diperlukan untuk membawa alat-alat ini bersama pesakit semasa mereka mula untuk bergerak selepas pembedahan. Ini bermakna sekarang pesakit boleh memulakan dan melakukan sendiri pergerakan tanpa perlu menunggu dan mendapatkan bantuan jururawat mahupun kakitangan kesihatan yang lain sebaik sahaja dibenarkan berbuat demikian oleh doktor.
   
 

No comments:

Post a Comment