Wednesday, 18 April 2012

Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.


Isu mengantuk dalam kalangan pelajar. Adakah Teknologi dan Inovasi penyumbang kepada masalah ini atau sebaliknya membantu mengurangkan masalah ini?
Fenomena mengantuk dalam kalangan pelajar sekolah mahupun pelajar institusi pengajian tinggi sememangnaya menjadi lumrah dalam pendidikan. Fenomena ini bukanlah merupakan perkara baru tetapi telah lama wujud sejak dulu lagi. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. 
Ada pihak yang menyalahkan teknologi yang semakin canggih hari ini sebagai punca berlakunya masalah ini. Ini kerana mereka beranggapan bahawa pelajar sering tidur lewat pada malam hari disebabkan menghabiskan masa melayari internet seperti Facebook dan Twitter, memuat turun filem, drama atau lagu daripada Youtube ataupun bermain permainan yang terdapat dalam komputer berbanding menghabiskan masa untuk mengulangkaji pelajaran atau membaca buku pada malam hari.
Namun sekiranya dikaji dan diteliti semula, teknologi yang canggih bukanlah penyumbang utama masalah ini. Ini kerana sikap individu itu tersendiri yang menentukan tindakan mereka. Seseorang pelajar haruslah bijak mengatur masa mereka dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka. Pepatah melayu ada mengatakan “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Para pelajar haruslah bijak menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. 
 
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

Pelbagai langkah yang diambil dalam mengatasi masalah ini dan sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Teknologi dan Inovasi sebenarnya memainkan peranan penting dalam menangani dan mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. Di antara langkah-langkah tersebut adalah;
1. Mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran dan pembelajaran.
Para guru mahupun pensyarah seharusnya bijak menggunakan teknologi yang ada pada masa kini di dalam setiap sesi pengajaran mereka. Kebanyakan pelajar menyatakan kaedah pembelajaran yang sama dan membosankan menjadi punca mereka mengantuk semasa di kelas. Para pendidik seharusnya mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Malahan kini, kebanyakan sekolah mahupun institusi pengajian tinggi menggalakkan pembelajran dua hala berbanding pembelajaran sehala. 
Para pendidik boleh menggunakan video, lagu mahupun gambar yang dimuat turun daripada internet atau youtube sebagai bahan bantu mengajar untuk topik pengajaran mereka. Para guru juga boleh menganjurkan seminar untuk memberikan kelainan dalam teknik pengajaran. Di sini, para pendidik bolehlah mengarahkan pelajar untuk membentangkan sesuatu tajuk dengan menggunakan kreativiti mereka misalnya peta minda, video atau lakonan.  Cara ini boleh menarik minat pelajar dan secara tidak langsung mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. 
2.  Mengamalkan pemakanan seimbang.
          Tidak dapat dinafikan pemakanan memainkan peranan penting untuk tubuh badan. Pepatah arab ada mengatakan “akal yang sihat ada pada tubuh badan yang sihat”. Kajian telah menunjukkan bahawa pemakanan juga salah satu faktor penyebab berlakunya masalah ini. 

Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi tahap gula yang tinggi dan boleh menyebabkan rasa mengantuk. Pengambilan makanan ringan yang berlebihan juga penyumbang kepada masalah ini. Selain itu, pengambilan sarapan yang terlalu berat seperti nasi lemak dan roti canai yang mana mempunyai kandungan lemak yang tinggi juga boleh menyebabkan pelajar mengantuk sewaktu pagi. Oleh itu, dengan adanya internet maka dapatlah para pelajar mencari maklumat mengenai pemakanan yang seimbang dan boleh mengelakkan rasa mengantuk.
3. Mendapatkan tidur yang secukupnya.

  Tidur merupakan waktu rehat untuk tubuh badan. Setiap pelajar memerlukan tidur yang secukupnya (6 – 8 jam sehari) untuk memastikan mereka tidak mengantuk semasa di dalam kelas.

Kurang tidur menyebabkan pelajar kurang bermaya dan bertenaga untuk mendengar kuliah yang diberikan oleh pengajar. Walaubagaimanapun, tidur yang berlebihan juga boleh menyebabkan rasa mengantuk. Waktu tidur yang tidak konsisten juga menyebabkan otak tidak dapat mengganggarkan waktu tidur yang sebenarnya dan akhirnya menyebabkan rasa mengantuk. Oleh sebab itu, para pelajar haruslah bijak mengatur masa tidur mereka bagi memastikan mereka mendapat tidur yang secukupnya. Para pelajar juga boleh melayari lawan web atau membaca artikel-artikel yang terdapat di internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tidur yang betul dan memeriksa sekiranya mereka mengalami simptom-simptom masalah tidur seperti Insomnia.
 
4. Menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menyiapkan tugasan atau kerja sekolah. 

                Tidak dapat dinafikan tugasan atau kerja sekolah yang banyak turut menyumbang kepada masalah mengantuk dalam kalangan pelajar. Dek kerana tugasan atau kerja sekolah yang menimbun, ramai pelajar tidur lewat setiap malam untuk menyiapkannya. Ini membuatkan badan berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kuliah yang diberikan dan akhirnya menyebabkan mereka mengantuk di dalam kelas.
Tetapi dengan adanya teknologi terkini, bebanan mereka dapat dikurangkan. Ini kerana mereka tidak perlu lagi pergi ke perpustakaan mencari buku dan membelek halaman demi halaman untuk mencari maklumat yang diperlukan. Para pelajar hanya perlu melayari internet untuk mencari segala maklumat yang diperlukan. Selain itu, dengannya adanya komputer riba, dan Notebook para pelajar boleh menaip segala tugasan atau kerja sekolah mereka dimana-mana sahaja mereka berada berbanding sebelum wujudnya alat-alat tersebut, para pelajar terpaksa menulis sendiri tugasan atau kerja sekolah mereka. Dengan ini, hasil tugasan atau kerja sekolah menjadi lebih kemas di samping dapat menjimatkan masa dan tenaga para pelajar.
5. Menggunakan produk dan mengamalkan senaman yang boleh mengurangkan dan mengelakkan rasa mengantuk.
        Terdapat banyak produk di pasaran pada masa kini yang dijual kepada pelajar yang mana dipercayai bagus untuk minda, dapat menambahkan tenaga dan mengelakkan rasa mengantuk semasa belajar. Produk seperti vitamin B-12, kismis minda dan sabun tahan mengantuk Aqura direka hasil daripada inovasi penciptanya dengan tujuan mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar.  


Walaubagaimanapun, para pelajar haruslah merujuk kepada doktor dulu sebelum mencuba sebarang produk untuk mengelakkan sebarang komplikasi atau masalah lain.
Selain itu, terdapat banyak senaman atau regangan ringkas dan mudah di youtube atau laman web, yang mana boleh diamalkan oleh para pelajar sekiranya berasa mengantuk semasa belajar atau menyiapkan tugasan.

 
Langkah ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah mengantuk dalam kalangan pelajar.
Kesimpulannya, fenomena mengantuk dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi dengan langkah-langkah yang telah dinyatakan diatas dan sekiranya diperhatikan semula kesemua langkah-langkah tersebut memerlukan Teknologi dan Inovasi dalam menjayakannya. Oleh itu, sememangnya Teknologi dan Inovasi tidak dapat dipisahkan dengan dunia pendidikan.



 






5 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Bagi pandangan saya,masalah mengantuk ini merupakan isu yang berkait rapat dengan bidang pendidikan.Tidak dinafikan pengunaan teknologi yang keterlaluan oleh para pelajar adalah salah satu faktor yang menyumbang kearah berlakunya masalah ini.Namun dengan mengamalkan pendekatan 5 langkah yang telah disarankan oleh saudari merupakan jalan penyelesaian yang boleh dipraktikkan dalam membendung isu ini daripada menjadi lebih parah dalam bidang pendidikan negara kita.
    NURSUNIARYATI BTE JEPON
    A127501

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudari =)

    Isu yang saudari kemukakan sememangnya menjadi permasalahan remaja pada masa kini. Remaja kini bukanlah seperti remaja dahulu, dimana sejak lahir lagi mereka sudah terdedah kepada dunia IT yang serba canggih. Mereka bebas menggunakan internet untuk mengakses apa sahaja maklumat disetiap laman web sehingga membuatkan mereka menjadi leka dan lalai dalam menguruskan masa dengan betul. Menurut saya,langkah yang saudari sarankan merupakan idea bernas yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Tetapi, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi maka semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini agar akhlak dan sahsiah diri seseorang pelajar itu dapat dibentuk dengan baik bagi melahirkan remaja dan anak-anak bangsa yang berkualiti.

    RINANE BINTI MOHD SALEH (A127571)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    saya bersetuju dengan cadangan-cadangan yang dikemukan oleh saudari mengenai isu mengantuk ini. saya merasakan bahawa seseorang itu seharusnya tidak boleh menyalahkan 100% teknologi yang ada pada masa kini apabila seorang pelajar itu mengantuk di dalam kelas. bahkan pelajar itu sendiri yang tidak mengetahui bagaimana mahu menguruskan masanya apabila menggunakan teknologi untuk menjalankan sesuatu kerja.maka, dengan menggunakan 5 langkah yang dinyatakan ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

    NUR SIMAA BINTI BERHANNUDIN (A128009)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    isu yang saudari bincangkan adalah sangat menarik. masalah mengantuk bukan sahaja dialami oleh pelajar malah orang yang bekerjaya juga. masalah mengantuk menyebabkan mereka hadir lambat ke tempat kuliah mahupun tempat kerja. mereka seharusnya dapat berfikir dengan bijak untuk menguruskan penggunaan teknologi dalam aktiviti seharian mereka. samada kearah kebaikan ataupun sebaliknya. cadangan yang saudari kemukakan diharap dapt membantu mereka diluar sana dalam mengatasi masalah mengantuk.

    SITI NOR SHAFINI BINTI YUSUFF (A128008)

    ReplyDelete
  5. salam..
    Saya bersetuju dengan isu yang dibincangkan seperti di atas.Sememangnya masalah pelajar mengantuk di dalam kelas sering diberi perhatian sehingga kini. Guru adalah pendorong utama untuk mengelak berlakunya masalah ini sewaktu pembelajaran sedang dijalankan.Contohnya,guru mengajar menggunakan persembahan slaid yang mempunyai pelbagai animasi dan menayangkan video yang berkaitan dengan pembelajaran untuk mengelakkan pelajar mengantuk sewaktu pembelajaran berlagsung disamping meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar.

    SHARIFAH NOORANIS ANISYA BT SYED ABU HASSAN
    A127261

    ReplyDelete